Weekly Industry News

Tempoh HOC tingkat jualan rumah

Weekly Industry News

Usaha kerajaan yang melanjutkan tempoh Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga Disember menjadikan separuh kedua tahun ini adalah masa terbaik untuk membeli rumah khususnya buat golongan muda.

Ketua Eksekutif Hartabumi dotCom Sdn Bhd, Radzi Tajuddin berkata, insentif kerajaan yang menawarkan pengecualian duti setem dan diskaun daripada pihak pemaju menjadikan prospek sektor hartanah lebih cerah pada enam bulan terakhir tahun ini.

“Semua usaha ini memberi peluang kepada pembeli rumah kerana mereka mula merasakan ini adalah tempoh untuk membeli rumah dan separuh kedua tahun ini, kami melihat ia adalah pasaran untuk pembeli rumah.

“Jika, dilihat dari awal tahun lagi, berdasarkan tinjauan kami, sektor hartanah mencatatkan banyak transaksi pembelian rumah sejak HOC berlangsung dan sebagai contoh projek PR1MA merekodkan jualan sehingga RM3 bilion.

Media Title:  Harian Metro

Date: 13 Jul, 2019

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.