Weekly Industry News

Lebihan bekalan ancam pasaran hartanah

Weekly Industry News

Lebihan bekalan dan ketidakmampuan memiliki hartanah boleh mendatangkan ancaman kepada pasaran hartanah negara sekiranya isu terbabit tidak ditangani dengan sebaiknya, demikian menurut CIMB Research.

Firma penyelidikan itu dalam satu laporan berkata, setakat separuh pertama tahun 2018, 31 peratus unit kediaman yang tidak terjual berharga kurang daripada RM250,000.

Pandangan itu menurut CIMB Research adalah berdasarkan kepada jumlah pembinaan rumah mampu milik yang terlalu banyak di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) dan sasaran untuk menyediakan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dengan rumah mampu milik berkualiti dengan keluasan sekurang-kurangnya 900 kaki persegi (kps) berbanding saiz semasa dalam lingkungan 700-800 kps, dan berharga di bawah RM300,000.

“Atas faktor itu, sasaran pembinaan sejuta rumah mampu milik di bawah DRMM boleh menambah kepada lebihan bekalan hartanah sekiranya isu unit kediaman yang tidak terjual sedia ada tidak diselesaikan,” katanya.

CIMB Research berkata, kempen pemilikan rumah kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mac ini boleh mewujudkan faktor positif terhadap sektor hartanah untuk jangka pendek, tetapi kebolehmampuan masih menjadi isu utama.

Media Title: Berita Harian

Date: 7 Feb 2019

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.