Weekly Industry News

Sektor hartanah dijangka lebih baik 2021

Weekly Industry News

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang optimis secara berhati-hati mengenai unjuran sektor hartanah berharap situasi yang lebih baik pada separuh pertama 2021 sekiranya tiada jangkitan pandemik COVID-19 membabitkan komuniti baharu di negara ini.

Presidennya, Datuk Soam Heng Choon, berkata jualan dijangkakan lebih baik pada separuh pertama 2021 seiring dengan pemulihan ekonomi dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang berterusan serta persekitaran kadar faedah yang rendah.

“Dengan berakhirnya moratorium hari ini (semalam), saya berpendapat institusi kewangan memberi bantuan bersasar menerusi kedua-duanya, iaitu moratorium lanjutan dan penstrukturan dan pembiayaan semula pinjaman kepada pembeli yang masih memerlukan bantuan.

“Ini berikutan, mungkin ada yang masih belum bekerja dan dipotong gaji di beberapa sektor ekonomi yang tidak menunjukkan pemulihan khususnya mereka yang berada dalam sektor hospitaliti,” katanya pada sidang media mengenai Ekspo Hartanah Malaysia-hoc 2020-2021 di Petaling Jaya, semalam.

Media Title: Berita Harian

Date: 01 Oct 2020

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.