Weekly Industry News

Selangor sedia turun harga ambang hartanah pembeli asing

Weekly Industry News

Kerajaan Selangor sedia menurunkan harga ambang hartanah bagi pemilikan asing kini ditetapkan RM2 juta di negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha, berkata jumlah penurunan berkenaan bagaimanapun hanya akan ditentukan selepas mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan tidak lama lagi.

ā€œKami akan bertemu dengan pelbagai pihak terbabit termasuk pemaju, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) dan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) untuk mengetahui keadaan sebenar hartanah tidak terjual, terutama pemilikan asing sebelum memutuskan sebarang jumlah penurunan.

ā€œApa yang boleh saya katakan, jika tiada masalah, nilai ambang baharu akan dilaksanakan awal tahun depan. Cuma, kita akan tetapkan penurunan ini adalah bertempoh mungkin setahun saja,ā€ katanya.

Media Title:Ā  Berita Harian

Date: 21 Nov, 2019

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.