Walaupun mengharungi tempoh sukar namun pasaran hartanah dalam negara bersedia mencatatkan pemulihan pada 2021 dengan keseluruhan sektor dijangka mengalami pertumbuhan, meskipun pada kadar berhati-hati, menurut PropertyGuru Malaysia, laman web hartanah terbesar di negara ini.
Pengurus Negara, Sheldon Fernandez berkata 2020 merupakan tempoh penuh cabaran bagi Malaysia dan kesuraman sentimen pasaran yang berlarutan disebabkan ketidaktentuan ekonomi telah mendorong rakyat Malaysia mempertimbangkan semula rancangan masa depan mereka, termasuk strategi membeli hartanah.