Syarikat perumahan di seluruh negara dinasihat menurunkan harga rumah susulan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 September lalu. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata syarikat perumahan wajar mencontohi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang yang menurunkan harga rumah antara enam hingga 10 peratus susulan pelaksanaan SST.
Guan Eng berkata, langkah REHDA Pulau Pinang menurunkan harga rumah antara enam hingga 10 peratus adalah bertepatan dengan inisiatif kerajaan memberi pengecualian SST bagi perkhidmatan pembinaan seperti diumumkan sebelum ini, sekali gus akan membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri.