Kerajaan negeri memperuntukkan RM50 juta menerusi pembiayaan Skim Smart Sewa bagi membolehkan golongan B40 memiliki kediaman Rumah Selangorku.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, dana tersebut diwujudkan ekoran kadar kelayakan pinjaman pemohon yang rendah menyebabkan banyak tawaran Rumah Selangorku terpaksa ditolak.
Menurutnya, hampir 50,000 tawaran Rumah Selangorku diluluskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sehingga Mac lalu.