Kementerian Kerja Raya memberi amaran akan menyenarai hitam kontraktor projek pembinaan di Persiaran Alam Damai yang telah menyebabkan kematian.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan itu akan dilakukan jika didapati berlaku kecuaian dan tiada sebarang tender dalam tempoh dua tahun.
“Saya akan menggesa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berbuat demikian kalau memang didapati ketidakpatuhan kepada apa sahaja prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.
Media Title: Sinar Harian
Date: 23 Mar 2021