Lebih banyak kawasan rekreasi dan taman awam sekitar ibu negara akan diwujudkan dalam usaha ‘menghijaukan’ bandar raya konkrit ini yang kini didiami 1.9 juta penduduk.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata ini antara aspirasi utama pihaknya dalam menjamin kualiti hidup lebih baik dan selesa buat warga kota, selain pembangunan seimbang dengan kelestarian alam terjaga.
Ini katanya, termasuklah tujuh tasik terbiar di utara ibu negara yang akan dinaik taraf dan diindahkan di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2020-2040 yang dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini.
“Ia adalah cabaran besar memandangkan kawasan ini menjadi perhatian pihak swasta untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan.