Lebih banyak bank perlu mempertimbangkan pembiayaan wakaf untuk meningkatkan pemilikan rumah mampu milik melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) Prof Dr. Azmi Omar.
Beliau berkata wakaf, walaupun telah digunakan sebagai satu bentuk pembiayaan sektor hartanah, ia cenderung untuk menumpukan kepada hartanah komersial dan hartanah pertengahan kepada mewah.
“Mungkin terma ‘rumah mampu milik’ adalah satu stigma, tetapi aspek nama merupakan isu yang berasingan. Lebih penting ialah, keseluruhan idea dana wakaf ialah mewujudkan yang kekal,” katanya pada sesi panel membincangkan pembiayaan perumahan Islam pada persidangan rumah mampu milik di sini hari ini.
Katanya aspek kekal dana wakaf itu akan memberi manfaat kepada orang ramai berikutan mereka akan memperoleh pulangan yang berterusan.