Weekly Industry News

RMM isu utama hartanah 2019

Weekly Industry News

Tahun 2018 menjadi tahun yang bermakna bagi industri hartanah apabila kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan dan pemaju hartanah berusaha untuk menawarkan rumah mampu milik untuk menyelesaikan masalah perumahan terutama penduduk dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Peguam, Chris Tan Chur Pim daripada Chur Associates, berkata bekalan dan permintaan yang tidak sepadan dalam kategori rumah mampu milik terus menjadi isu utama walaupun pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan terdahulu.

“Produk bercampur yang ditawarkan dalam pasaran tidak mencukupi dan rumah mampu milik yang ditawarkan oleh pemaju swasta bukan padanan yang baik.

“Kami fikir ia (rumah) dibina lebih banyak untuk kumpulan B40 berpendapatan tinggi atau kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) yang rendah berikutan kebanyakan B40 tidak mempunyai akses kepada pembiayaan berikutan terma-terma bank konvensional tidak dirangka untuk memenuhi keperluan mereka.

Media Title: Utusan Sarawak

Date: 28 Dec 2018

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.