Weekly Industry News

RM300,000 harga patut rumah mampu milik

Weekly Industry News

Penetapan harga kediaman mampu milik oleh kerajaan pada RM300,000 dengan keluasan minimum 900 kaki persegi adalah berpatutan bagi kebanyakan daerah di Malaysia.

Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia, Datuk Ar Ezumi Harzani, berkata harga semasa kediaman mampu milik untuk beberapa lokasi di bandar dilihat sepadan dengan kos pembinaan, berdasarkan saiz yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, faktor kos harga tanah dan pematuhan peraturan yang tinggi di bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, boleh menjejaskan kemampuan pemaju untuk melaksanakan pembinaan perumahan pada saiz dan harga sedemikian.

Media Title: Berita Harian
Date: 05 Apr 2021

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.