Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu menjadi punca kediaman siap dibina tidak terjual meningkat pada separuh pertama 2020 (H1 2020) berbanding separuh kedua tahun lalu.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Soam Heng Choon, berkata pelaksanaan PKP itu menyebabkan pemaju tidak dapat melakukan sebarang aktiviti jualan dalam tempoh lebih dua bulan.