Langkah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyatukan semua projek perumahan mampu milik di bawah kementeriannya dilihat sebagai satu keputusan tepat.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata demikian pada hari pertama bertugas di kementerian terbabit dengan langkah pertamanya mahu meletakkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menurutnya, penyelarasan PR1MA yang ketika ini berada di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri, perlu dilakukan bagi mengurangkan pembaziran kos.