Portal hartanah, iProperty melalui Portal Demand Analytics pada 2019 mendapati kediaman jenis kondominium dan apartmen perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan terbesar dari segi permintaan kediaman di Malaysia.
Pengurus Besar Penyelesaian Data Pelanggan REA Group Asia, Premendran Pathmanathan berkata, kedua-dua jenis kediaman berkenaan membolehkan permintaan terhadap hartanah subsale atau sekunder di Malaysia meningkat 13.3 peratus (%) pada tahun lalu berbanding 2018.