SEKTOR pelancongan atau pelaburan langsung asing yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19 dijangka tidak memberi impakyang sama terhadap sektor hartanah kediaman.
Pengurus Negara PropertyGuruMalaysia, Sheldon Fernandez berkata, walaupun Malaysia mungkinmenyaksikan penyusutan pembeli asing dari Hong Kong dan Chinaserta penangguhan projek menerusi rantaian bekalan susulan Covid- 19, pasaran hartanah Malaysia tidak menerima impak secara langsung.