Negara memerlukan rang undang-undang pengecualian force majuere yang menyeluruh atau Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah Sementara) bagi melindungi peserta dari semua industri secara sah, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia.
Force majeure adalah klausa umum dalam kontrak pada dasarnya membebaskan kedua-dua pihak daripada liabiliti atau kewajiban akibat peristiwa luar biasa serta keadaan di luar kawalan mereka yang terbabit.
Presiden Rehda, Datuk Soam Heng Choon berkata, ini bertujuan memastikan setiap pihak dilindungi daripada sebarang tindakan yang akan dikenakan dalam keadaan normal.