Pasaran hartanah Malaysia dijangka tidak mengalami senario terburuk pasca COVID-19 berikutan mempunyai asas-asas kewangan lebih stabil pada masa ini.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia ,Sheldon Fernandez, berkata pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi menguruskan keadaan penyusutan yang dialami industri sebelum berlakunya wabak COVID-19 berkenaan.
“Jika dilihat krisis-krisis sebelum ini, had penurunan itu adalah sekitar 10 peratus berikutan pertumbuhan harga rumah secara keseluruhannya susut 9.4 peratus sewaktu krisis kewangan Asia pada 1998 dan seterusnya wabak virus Nipah.
“Bagaimanapun, ini senario terburuk kerana krisis pada 1998 itu berteraskan faktor kewangan,” katanya kepada Bernama.