Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) menggesa agar bantuan aliran tunai segera turut diperluaskan bagi membantu firma perkhidmatan profesional menangani impak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam satu kenyataan, PAM berkata PAM berkata, firma arkitek sama ada kecil atau besar serta firma perkhidmatan profesional lainnya, tidak dapat menikmati manfaat daripada langkah subsidi upah yang diperkenalkan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) (Tambahan) untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), baru baru ini.