Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menubuhkan Perbadanan Perumahan Negara (NHC) bagi menyelaras semua projek perumahan mampu milik dibangunkan kerajaan di seluruh negara, termasuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata NHC yang dijangka ditubuhkan tahun depan, akan menyelaras semua projek perumahan mampu milik berdasarkan model yang diguna pakai Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) di Singapura.
“Selepas dilantik menerajui kementerian ini, saya ada bertemu wakil Kerajaan Singapura. Apa yang saya boleh katakan, kita menuju ke arah itu (selaras semua projek perumahan mampu milik).