Pembeli rumah digalakkan membuat aduan kepada Kementerian Kewangan jika menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan memanjangkan aduan terbabit kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tindakan selanjutnya.
“Kami akan semak dengan BNM mengapa bank ini dengan sengaja tidak meluluskan pinjaman. Kami mahu semua institusi bank menggalakkan pemberian pinjaman perumahan.
“Saya ingatkan kepada institusi perbankan, jangan halang usaha kerajaan untuk tingkatkan pemilikan rumah dengan tidak memberi pinjaman,” katanya kepada media di majlis pelancaran Kempen Pemilikan Rumah-Ekspo Hartanah Malaysia 2019 (HOC-MAPEX) di sini, semalam.