Pengenalan model baharu penswastaan bagi menyediakan lebih banyak kediaman mampu milik disifatkan langkah tepat dalam memacu sektor perumahan dan industri berkaitan, sekaligus melonjak pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Soam Heng Choon, berkata, pihaknya mengadakan pertemuan bagi membincangkan usaha sama itu baru-baru ini, namun keputusan muktamad berhubung perangkaan model baharu berkenaan masih diteliti.