Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor merekodkan jumlah carian tertinggi pembeli rumah pada tahun lalu. Ia didedahkan portal hartanah iProperty.com.my.
Pengurus Besar Penyelesaian Data Pelanggan REA Group Asia, Pramendran Pathmanathan berkata, secara keseluruhan permintaan terhadap hartanah di Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan sebanyak 19.8 peratus.
“Susulan daripada peningkatan populasi penduduk di Kuala Lumpur, permintaan kediaman di Selangor turut bertambah 22.4 peratus pada tahun lalu.
“Jumlah peningkatan itu turut disumbangkan oleh peningkatan carian rumah jenis teres,” katanya dalam taklimat Trend Permintaan Hartanah Kediaman Sekunder Malaysia bagi tahun 2019, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Besar iProperty.com.my David Mawer.