Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM5 juta untuk projek berskala kecil dan baik pulih infrastruktur di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPS) termasuk untuk baik pulih medan selera serta pembangunan kawasan pelancongan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata dalam taklimat bersama MPS, terdapat pembentangan untuk membina dan menaik taraf beberapa medan selera di Sepang serta keperluan menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur kawasan pelancongan dalam usaha menarik kedatangan pelancong apabila pandemik COVID-19 reda.
Media Title: Sinar Harian
Date: 20 Mar 2021