Semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan dalam sektor pembinaan perlu dihentikan kecuali kerja kritikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan hingga 31 Mac ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kerja Raya, pengecualian hanya diberi kepada kerja kritikal yang jika tidak diteruskan, boleh mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada pekerja, orang awam atau persekitaran.