Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menjangkakan penjualan unit kediaman melebihi RM7.5 bilion hingga hujung tahun ini menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC).
Pengerusi Rehda Selangor, Zulkifly Garib berkata, RM7.5 bilion yang diperoleh sejak Januari lalu mewakili 12,000 unit kediaman di Selangor yang mana kebanyakan rumah terjual adalah jenis teres.
“Kami dapati trend pembelian rumah semakin tertumpu di kawasan Shah Alam dan Klang.
“Jadi, melalui penganjuran MAPEX 2019 Shah Alam/Klang ini, saya percaya ia mampu menyumbang kepada peningkatan unit kediaman dijual,” katanya selepas pelancaran MAPEX 2019 Shah Alam/Klang di sini, semalam.