Weekly Industry News

Inisiatif kerajaan rangsang sektor hartanah

Weekly Industry News

Kajian semula cukai keuntungan harta tanah (RPGT), penurunan harga ambang pemilikan asing kepada RM600,000 bagi unit hartanah bertingkat tidak terjual di kawasan bandar dan pengenalan skim pembiayaan ‘sewa untuk miliki’ akan merancakkan sektor hartanah tempatan tahun ini.

Pengarah Eksekutif Knight Frank Malaysia, Judy Ong Mei Chen, berkata inisiatif di bawah Belanjawan 2020 yang akan dilaksanakan tahun ini bakal merangsang kekurangan yang terdapat dalam pasaran hartanah ketika ini.

“Kajian semula tahun asas bagi RPGT berkemungkinan akan memberi impak positif, yang mana akan merendahkan kenaikan cukai pelupusan hartanah sekali gus merancakkan aktiviti dalam pasaran sekunder.

“Langkah menurunkan harga ambang pemilikan asing bermula tahun ini pula akan mengurangkan unit hartanah tidak terjual bagi jenis kondominium dan apartmen di kawasan bandar yang terpilih.

Media Title: Berita Harian

Date: 27 Jan 2020

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.