Harga diminta pembeli rumah di Malaysia mula mencatatkan penurunan pada suku ketiga 2020, merentasi semua empat pasaran utama termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Ia berikutan prospek ekonomi Malaysia terhadap pasaran hartanah masih dibelenggu kesan COVID-19, sekali gus menjejaskan pasaran pada suku ketiga lalu.
Laporan Indeks Pasaran Hartanah (MPMI) PropertyGuru Malaysia mendapati, harga diminta pembeli hartanah secara keseluruhan di negara ini turun 1.34 peratus pada suku ketiga 2020, berbanding kenaikan masing-masing 0.38 peratus pada suku kedua dan 0.63 peratus pada suku pertama.