Weekly Industry News

Elak gelembung pasaran hartanah pasca pandemik

Weekly Industry News

SENARIO terbaru pasaran hartanah di luar negara seperti China dan Amerika Syarikat (AS) memberikan tanda tanya apakah ia akan memberikan kesan kepada pasaran Malaysia.

Kerajaan China dilaporkan mula mengetatkan kawalan terhadap penggiat dalam pasaran harta tanah. Tindakan itu diambil apabila pakar perbankan, Guo Shuqing menyatakan terdapat tanda gelembung pasaran harta tanah akan pecah.

Justeru, beberapa bandar raya besar negara itu seperti Shanghai, Shenzen dan Hangzhou mula mengambil langkah sebagai isyarat amaran awal.

Kawalan ketat diambil terhadap aktiviti jual beli harta tanah secara spekulasi. Apabila pembeli membeli dan berhasrat menjualnya semula ketika harga meningkat, sekali gus memperoleh keuntungan.

Media Title: Berita Harian
Date: 15 Mar 2021

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.