Weekly Industry News

Diskaun rumah siap

Weekly Industry News

Isu lambakan rumah siap tidak terjual dalam pasaran hartanah negara dijangka dapat dikurangkan menerusi ekspo pemilikan rumah yang akan dianjurkan pada 1 hingga 3 Mac depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, rumah yang tidak terjual dalam pasaran sebelum ini akan diberikan diskaun pada ekspo berkenaan.

Beliau berkata, ekspo pemilikan rumah itu juga akan disertai pihak bank bagi membantu prosedur pembiayaan rumah.

“Rumah yang siap dibina namun tidak terjual dan menjadi lambakan di pasaran dijangka dapat diatasi menerusi ekspo pemilikan rumah pada Mac depan.

“Kerajaan turut komited membangunkan 100,000 rumah mampu milik setiap tahun, seterusnya mencapai sejuta rumah mampu milik oleh rakyat negara ini dalam 10 tahun.

Media Title: Harian Metro

Date: 18 Jan 2019

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.