Weekly Industry News

Diskaun bukan penyelesaian atasi rumah tidak terjual

Weekly Industry News

Pemberian diskaun dan rebat bukan penyelesaian dalam menangani isu lambakan unit kediaman tidak terjual yang semakin serius di negara ini, sebaliknya jika tidak diteliti dengan baik, ‘hadiah’ yang ditawarkan itu mungkin akan memberi kelebihan dan keuntungan kepada pemaju hartanah, berbanding pembeli.

Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA), Datuk Chang Kim Loong, berkata faktor utama menyumbang kepada lambakan berkenaan ialah ketidakmampuan membeli, yang mana harga kediaman ditawarkan melangkaui tahap pendapatan majoriti rakyat di negara ini.Beliau berkata, seharusnya pemaju perumahan perlu menetapkan jumlah diskaun sebenar untuk kediaman berkenaan daripada harga jualan yang ditawarkan, tanpa berselindung dengan memberi rebat atau diskaun tertentu.

Media Title: Berita Harian

Date: 12 Jan 2019

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.