Tanggal 2 November 2019 bakal melakar sejarah di dalam negara apabila pembentangan bajet pada tahun ini akan dibentangkan oleh kerajaan baharu, iaitu Pakatan Harapan (PH).
Julung kalinya, bajet tahun ini yang akan dibentangkan di Parlimen adalah yang paling dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat selepas PH mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada Mei lalu.
Pada 25 Ogos 2018, Perdana Menteri memberi kenyataan bahawa jumlah peruntukan
Bajet 2019 dijangkakan lebih kecil dan pemotongan bantuan sara hidup secara berperingkat akan dilaksanakan berikutan keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan.