Weekly Industry News

17,420 unit hartanah ditawar

Weekly Industry News

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bakal menawarkan 17,420 unit hartanah kediaman dan komersial bernilai kira-kira RM147 juta sempena penganjuran Kempen Pemilikan Rumah-Ekspo Hartanah Malaysia 2019 (HOC-MAPEX) pada hujung bulan ini.

Pengerusi Penganjur HOC-MAPEX 2019, Datuk Ng Seing Liong, berkata 72 pemaju hartanah swasta akan mempamerkan pembangunan hartanah masing-masing yang bukan saja terletak di sekitar Lembah Klang malah di seluruh negara seperti Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pulau Pinang.

Menurutnya, ekspo itu juga bakal menyaksikan pembabitan tujuh institusi kewangan termasuk Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Investment Bank, Public Bank, RHB Bank dan United Overseas Bank.

MediaTitle: Berita Harian

Date: 17 Apr 2019

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.