Wabak COVID-19 menjangkiti lebih 9.1 juta penduduk dan menyebabkan lebih 470,000 kematian seluruh dunia. Di negara kita sahaja, lebih 8,000 dijangkiti serta mengorbankan lebih 120 nyawa.
Dilaporkan hampir 700,000 hilang pekerjaan. Apabila ini berlaku, pendapatan rakyat berkurangan dan kuasa beli mereka menurun.
Rumah juga sukar dijual kerana tidak laku di pasaran, malah harganya jatuh sehingga 15 peratus mengikut jenis dan lokasi. Justeru, kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan bantuan insentif RM35 bilion.