Weekly Industry News

Selangor kekal harga rumah warga asing RM2j

Weekly Industry News

Selangor menjadi negeri kedua selepas Johor yang cenderung mengekalkan harga rumah untuk warga asing.

Ia susulan Belanjawan 2020 yang mencadangkan penurunan had harga kediaman bagi pemilikan asing daripada RM1 juta kepada RM600,000, bagi mengatasi lambakan unit kediaman tidak terjual.

Ketika ini, Selangor meletakkan had harga pemilikan rumah bagi warga asing tertinggi iaitu RM2 juta.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata cadangan penurunan had harga rumah untuk pemilikan asing kepada RM600,000 adalah sangat rendah.

“Kerajaan Selangor meletakkan harga yang tinggi kepada warga asing iaitu RM2 juta. Jumlah ini lebih rendah berbanding di Shenzen, China yang puratanya menjual antara RM5 juta hingga RM6 juta bagi rumah seluas 1,000 kaki persegi.

“Had pemilikan asing bernilai RM1 juta atau RM2 juta tidak mendatangkan masalah kepada mereka (warga asing),” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan jabatan kerajaan di sini, semalam.

Media Title:  Berita Harian

Date: 16 Oct, 2019

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.