Sektor hartanah kediaman dijangka tidak terjejas teruk akibat penularanCovid-19 yang berterusan, seperti yang berlaku dalam sektor pelancongan atau pelaburan langsung asing, menurut PropertyGuru.
Walaupun Malaysia mungkin menyaksikan penyusutan pembeli asing dari Hong Kong dan China dan penangguhan projek menerusi rantaian bekalan susulan Covid-19, pasaran hartanah Malaysia tidak akan menerima impak secara langsung, katanya.