Weekly Industry News

Sasar 30,000 unit rumah

Weekly Industry News

Kerajaan Selangor menyasarkan sebanyak 30,000 unit rumah mampu milik (RMM) di bawah program Rumah Selangorku bagi tempoh lima tahun bermula tahun ini sehingga 2023. Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, sehingga 15 November 2019, sebanyak 277 projek pembangunan RMM dilaksanakan melibatkan 121,695 unit kediaman telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 14,781 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci, manakala 22,274 unit kini dalam pembinaan akan boleh diduduki secara berperingkat bermula pada akhir tahun ini sehingga 2022,” katanya.

Media Title: Sinar Harian

Date:02 Dec 2019

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.