Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang dijalankan sejak Januari lalu berjaya membantu meningkatkan jualan hartanah apabila sebanyak 19,784 unit dengan nilai RM14.65 bilion kediaman terjual setakat 13 September 2019.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Soam Heng Choon berkata, jumlah itu melepasi sasaran asal jualan RM3 bilion yang ditetapkan bagi separuh pertama HOC.
Katanya, rumah yang berharga dari RM500,000 hingga RM750,000 mencatatkan penjualan tertinggi iaitu sebanyak 7,704 unit diikuti RM300,000 hingga RM500,000 (4,967 unit).
“Manakala, rumah jenis apartmen servis menjadi pilihan pembeli iaitu sebanyak 7,080 unit terutama di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.