erjasama awamswasta melalui Kempen Pemilikan Rumah (HOC) mampu menyelesaikan isu kediaman siap yang tidak terjual di negara ini.
Presiden Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Ir Soam Heng Choon, berkata pihaknya yakin kempen yang bakal memasuki tempoh dua bulan terakhir ini akan terus mendapat sambutan menggalakkan berikutan potongan harga menarik yang ditawarkan pemaju.
Katanya, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Jumaat lalu, lebih RM9 bilion projek membabitkan 13,000 unit kediaman berjaya didaftarkan di bawah kempen berkenaan.