Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian duti setem bagi surat cara pembelian rumah dan surat cara perjanjian pinjaman untuk rumah yang dijual sepanjang tempoh kempen pemilikan rumah (HOC) diadakan dari Januari hingga Jun ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bagi surat cara pembelian rumah, duti setem untuk rumah berharga RM1 juta akan dikecualikan sepenuhnya, manakala tiga peratus bagi rumah berharga daripada RM1,000,001 hingga RM2.5 juta. Katanya, surat cara perjanjian pinjaman juga diberikan pengecualian sepenuhnya sepanjang tempoh enam bulan ini bagi rumah berharga daripada RM300,000 hingga RM2.5 juta ke bawah, berbanding kadar 0.5 peratus yang dikenakan ketika ini.
Selain itu, beliau berkata, pemaju juga telah bersetuju untuk memberi diskaun sekurang- kurangnya 10 peratus kepada rumah yang dijual dalam HOC ini.