Weekly Industry News

Harga rumah merosot 0.9 peratus

Weekly Industry News

Perkembangan sektor hartanah di Malaysia boleh dilihat dengan lebih jelas menerusi sentimen pasaran berdasarkan kepada pergerakan harga rumah menjelang 2020.

Menurut Indeks Pasaran PropertyGuru (PMI) Suku Ketiga 2019, permintaan harga hartanah merosot dalam tiga daripada empat pasaran utama di negara ini iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, secara keseluruhannya, harga rumah di Malaysia merosot 0.9 peratus dari tahun ke tahun pada suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata, Pulau Pinang mendahului pengurangan terbabit dengan penurunan PMI sebanyak 1.5 peratus suku ke suku tahun, daripada 94.8 peratus kepada 93.4 peratus pada suku ketiga 2019.

Media Title: Harian Metro

Date: 13 Dec 2019

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.