Trend keseluruhan harga jualan rumah dalam suku pertama 2021 mencatatkan penurunan 1.79 peratus berbanding suku sama tahun lalu dan 0.84 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan suku terakhir 2020.
Laporan terbaharu Indeks Pasaran Hartanah PropertyGuru Malaysia (MPMI) yang diterbitkan laman web hartanah nombor satu Malaysia, PropertyGuru, menunjukkan penurunan mungkin berkait rapat dengan kebimbangan pembeli yang kini mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.
Media Title: Berita Harian
Date: 28 Apr 2021