Weekly Industry News

Bolehkah konsep pendanaan ramai tangani isu pemilikan rumah?

Weekly Industry News

Dalam Belanjawan 2019 yang diumumkan barubaru ini, kerajaan telah memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membenarkan platform pendanaan ramai hartanah (property crowdfunding).

Platform itu adalah satu skim pembiayaan atau pinjaman terbuka antara rakan setara atau Peerto-peer (P2P) yang akan dipacu oleh sektor swasta dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Dua hari selepas pengumuman konsep yang dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya di dunia itu, skim Fundmyhome telah dilancarkan oleh Edgeprop Sdn Bhd yang menyediakan platform digital pendanaan ramai serupa dengan konsep pendanaan ramai hartanah (property crowdfunding) yang diumumkan oleh kerajaan.

Ramai yang menyuarakan pendapat dan persoalan serta masih lagi sedang cuba memahami konsep mekanisme pendanaan ramai hartanah. Ramai juga yang terkeliru menyamakan konsep yang diumumkan oleh kerajaan dengan skim Fundmyhome yang sebenarnya adalah dua benda yang berasingan.

Secara umumnya, pendanaan ramai adalah satu kaedah pengumpulan sejumlah dana daripada orang ramai melalui dalam talian untuk jangka masa yang ditetapkan bagi membiayai sesuatu projek.

Media Title: Berita Harian

Date: 22 Dec 2018

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.