Weekly Industry News

Apartmen, kondominium penyumbang utama jualan

Weekly Industry News

Tinjauan Industri Hartanah Separuh Kedua 2018 yang dijalankan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) mendapati unit kediaman jenis apartmen/kondominium serta teres menjadi penyumbang utama kepada prestasi jualan hartanah pada separuh kedua tahun lalu apabila masing-masing menyaksikan sebanyak 2,023 unit dan 1,793 unit dijual.

Pada separuh kedua 2018, kebanyakan unit hartanah yang dijual adalah unit kediaman, iaitu sebanyak 5,066 unit berbanding 6,510 unit yang dicatatkan pada separuh pertama tahunlalu.

Presiden REHDA, Datuk Ir Soam Heng Choon, berkata prestasi jualan hartanah dalam tempoh berkenaan bagaimanapun susut sebanyak lapan peratus.

MediaTitle: Berita Harian

Date: 23 Mar 2019

Photo Credit

We take processes apart, rethink, rebuild, and deliver them back working smarter than ever before.